Friday, October 19, 2012

selawat syifa

Selawat Syifa

:: Allahumma salli 'ala Sayyidina Muhammadin...Tibbil qulubi wa dawaaaeiha...Wa `afiyatil abdaani wa shifaaaeha...Wa nuril absari wa diyaaeiha...Wa'ala alihi wasohbihi wabarikh wasallim..::

** "... Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. 
yang dengan berkat baginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar 
dan menyihatkan tubuh badan juga memberi kesembuhan penyakit 
serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan 
dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda..." ::



Friday, October 5, 2012

Sabtu datang lagi....


Assalamualaikum...

hari ni hari Sabtu...dah tentunya hari tak bekerja bagi aku...so..hari ni aku manfaat kan bersama2 ngan family di umah....aku ase korang kat sana pun sama...hujung minggu cam ni la kt pat rehat2 bersama keluarga tercinta...tentu nya 5 hari bekerja dari seawal 8 pagi sampai 5 ptg mmg memenatkan kepala hotak dan melenguhkan segala anggota badan...huhuhu...tu lah yang aku rasa bila bekerja...huhuhu...


tak tau nak taip apa lagi...so..nak sambung pesbuk'ing dulu..ehehe...




Saturday, June 16, 2012

Amalan Dan Iktibar Peristiwa Israk Dan Mikraj


Bulan Rejab merupakan bulan Allah yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya. Pintu rahmat terbuka luas untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas yang perlu dikerjakan dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.

Malam 27 Rejab

Beramallah bersungguh-sungguh dengan berjaga sepanjang malam bagi melakukan ibadah solat-solat sunat, beristighfar, bertahmid, berzikir, bertasbih, berselawat dan berdoa. Bersahurlah sebagai persediaan puasa pada siangnya dan amal ibadat yang lain.

Amalan Malam Rejab

  1. Solat sunat Tahajud 2, 8 atau 12 rakaat.
  2. Solat sunat Tasbih, Taubat dan sunat witir.
  3. Beristighfar 70 kali, 100 kali atau lebih..
  4. Berdoa.
  5. Memohon keampunan diri dan ibu bapa.
  6. Berselawat, berzikir dan bertasbih sehingga fajar subuh.

Banyak lagi ganjaran yang Allah beri jika umat Islam beribadat sepanjang Rejab. Berpuasa sunat adalah antaranya. Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari Israk-Mikraj.
Sayyidatina Aishah berkata bahawa Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: “Semua manusia dalam kelaparan pada hari kiamat kecuali nabi-nabi dan keluarga mereka juga orang yang berpuasa pada Rejab, Syaaban dan Ramadan. Mereka tetap kenyang tanpa berasa lapar dan tidak pula haus.”


Peristiwa Penting

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:
  1. Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
  2. Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
  3. Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
  4. Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
  5. Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

Peristiwa Israk dan Mikraj ke atas Nabi Muhammad SAW. adalah perkara besar yang berlaku dalam bulan ini. Baginda telah di“Israk”kan (dibawa berjalan) dengan menggunakan `Buraq’, dari Masjidil Haram di Kota Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmuqaddis, Palestin serta di“Mikraj”kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntahauntuk mengadap Allah SWT. Di mana dengan izin-Nya, Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah SAW.

Semuanya berlaku dalam satu malam sahaja. Perjalanan ini disebutkan Allah di dalam Al-Quran menerusi firman-Nya: “Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesunguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”    (Surah Al Israa’: 1)


Iktibar Daripada Kisah Israk Dan Mikraj


Ketika Rasulullah SAW diisrakkan pada malam itu, baginda terlebih dulu mengalamipembedahan dada, dilakukan Malaikat Jibril dengan mengeluarkan segala kotoran dan diisi dengan iman dan hikmah, kemudian dibersihkan hati baginda dengan air zamzam dan dicantumkan semula.
Rasulullah SAW dibawa ke Baitulmaqdis dan di Masjidil Aqsa, Rasulullah SAW mengerjakan solat sebelum Jibril menghidangkan dua jenis minuman kepada baginda. Lantas baginda memilih susu.
Jibril berkata: “Benar, engkau telah memilih air susu adalah lambang kesucian dan seandainya engkau mengambil minuman keras nescaya akan tersesatlah engkau dan umat engkau.”

Beberapa tanda kebesaran diperlihatkan kepada Rasulullah SAW ketika Israk, antaranya ialah baginda melihat orang yang sedang memotong padi dan selepas tiap potongan, pokok padi itu tumbuh lagi dan demikian seterusnya tanpa henti.
Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril: “Siapakah gerangan itu?” Jibril menjawab: “Itulah contohnya umatmu yang suka bersedekah, maka harta yang disedekahkah itu tidak hilang bahkan kian bertambah di sisi Tuhan yang diterima oleh umatmu yang rajin beramal di kemudian hari dengan berlipat ganda.”

Rasulullah SAW turut melihat orang yang memukul kepala dengan besi. Selepas pecah kepala, ia bercantum semula. Kemudian, dipukul lagi dan pecah semula, begitulah seterusnya berulang kali.
Selepas Rasulullah SAW bertanya, Jibril pun menjawab: “Inilah orang yang malas dan enggan mengerjakan sembahyang, kepalanya tidak mahu sujud kepada Allah maka di kemudian hari, dia akan merasakan sendiri kemalasannya itu.”

Ketika Mikraj pula, Rasulullah SAW menempuh perjalanan melalui tujuh lapisan langit, malah ke tempat lebih tinggi dari langit ketujuh itu. Di tempat mulia itulah, Allah menyampaikan perintah mulia untuk baginda dan umatnya, iaitu mengerjakan solat.
Pada mulanya, perintah solat wajib itu menghendaki ia dilaksanakan 50 kali sehari semalamtetapi selepas soal jawab bersama Nabi Musa as, akhirnya mendapat keringanan Allah SWT untuk mengerjakan lima waktu solat saja.
Selepas perintah solat itu, Rasulullah SAW kembali ke dunia dan tiba di Makkah ketika Subuh. Begitulah perjalanan dari Makkah ke Palestin, kemudian naik ke langit dan lebih tinggi dari itu sebelum menerima perintah solat.

Diikuti pula pertemuan dengan Rasul terutama bersoal jawab dengan Nabi Musa as, menyaksikan keanehan Sidratul-Muntaha, melihat keindahan syurga dan sebagainya, terus kembali ke alam dunia hingga ke Makkah dengan perjalanan yang singkat.
Sesungguhnya, mukjizat Israk dan Mikraj memperlihatkan kekuasaan Allah SWT. Segala peristiwa tercatat seharusnya lebih menguatkan keimanan dan keyakinan manusia terhadap Allah SWT.

Artikel oleh; shafiqilbu
25 Rejab 1432H

Friday, June 8, 2012

Istikarah Cinta


♥•♥•♥ Ya Allah,
Sesungguhnya aku memohon pertunjuk dari-Mu,
Berilah aku pilihan yang terbaik buat ku,
Dengan ilmu yang ada pada-Mu,
Dan aku memohon kekuasaan-Mu,
Untuk menyelesaikan urusan ku dengan keizinan kudrat-Mu.

♥•♥•♥ Dan aku jua memohon kepada-Mu,
Sebahagian dari kurniaan-Mu yang agung,
kerana sesungguhnya Engkau Maha Kuasa,
Sedangkan diri hamba-Mu ini pernuh dengan kekhilafan,
Dan Engkau jua Maha Mengetahui,
Sedangkan diri hamba-Mu ini penuh dengan kejahilan,
Dan Engkau jualah Maha Mengetahui perkara yang ghaib.
Yang telah Kau tetapkan buat ku…

♥•♥•♥ Ya Allah,
Sekiranya Engkau tahu bahwa fulan/fulanah itu,
Adalah lebih baik untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
Serta lebih baik pula akibatnya di dunia dan akhirat,
Maka takdirkanlah dan mudahkanlah fulan/fulanah bagi ku,
Kemudian berkahilah aku dalam urusan jodoh ini.

♥•♥•♥ Dan sekiranya Engkau tahu bahawa fulan/fulanah itu,
Adalah lebih buruk untuk diri ku, agama ku, dan kehidupan ku,
Serta lebih buruk pula akibatnya di dunia dan akhirat,
Maka jauhkanlah fulan/fulanah dari ku,
Dan jauhkanlah aku dari urusan ini,
Dan takdirkanlah kebaikan untuk ku di mana pun,

♥•♥•♥ Dengan ini, aku bersujud pada mu ya Allah,
Mengharap dan merintih kepada-Mu,
Air mata yang mengalir ini,
Ku biarkan ia menitis demi mengharap kasih sayang mu,
Sesungguhnya hidup ku dan jua mati ku,
Adalah semuanya Hanya kerana-Mu,
Moga Kau mengasihani diri ku yang mendambakan petunjuk-Mu.
Ameen Allahumma Ameen Ya Rahman Ya Raheem Ya Robbal Alameen..

Monday, March 12, 2012

Bila Aku Jatuh Cinta

:: Ya Allah, Jika aku jatuh cinta :: Cintakan aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu, agar bertambah kekuatanku mencintaiMu... :: Ya Muhaimin, Jika aku jatuh hati :: Izinkan aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertau pada Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... :: Ya Rabbana, Jika aku jatuh hati :: Jagalah hatiku agar tidak berpaling daripada hati Mu... :: Ya Rabbul Izzati, Jika aku rindu :: Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu... :: Ya Allah, Jika aku menikmati cinta kekasih Mu :: Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir Mu... :: Ya Allah, Jika aku jatuh hati pada kekasih Mu :: Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan menyeru manusia kepada Mu... :: Ya Allah, Jika Kau halalkan aku merindui kekasih Mu :: Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada Mu... :: Amin ::
Published with Blogger-droid v1.7.4