Saturday, April 26, 2014

ETIKA DELIMA DALAM KEJURURAWATAN (MY FIRST ASSIGNMENT)


Dilema etika merupakan satu keadaan dimana seseorang perlu memilih diantara dua perkara yang sama dan mempunyai dua alternatif yang berbeza sama ada ianya disukai atau tidak disukai (Marquis & Huston 1994). Dalam kejururawatan, etika dilema yang dihadapi adalah berkaitan dengan etika kejururawatan itu sendiri dengan kehendak pesakit. Tiada keputusan yang tepat dan memuaskan dalam memilih di antara yang betul dengan yang salah (Bandman, 2002).
Setelah berhadapan dengan dilema etika, seseorang jururawat itu perlulah membuat keputusan. Dalam membuat keputusan beretika, terdapat beberapa langkah perlu diikuti kerana proses itu adalah bertujuan untuk menentukan yang betul dengan yang salah dalam situasi di mana perbezaan diantaranya tidak wujud atau tidak nyata. Langkah-langkah tersebut merupakan satu garis panduan jururawat untuk membuat keputusan secara beretika dalam menyelesaikan dilema etika.
Terdapat beberapa isu-isu dilema etika dalam kejururawatan dimana, jururawat terpaksa membuat keputusan secara etika dalam menyelesaikan permasalahan tersebut. Di antaranya adalah, pesakit menolak untuk menerima rawatan dan menolak untuk makan ubat, pesakit yang perlu mendapatkan rawatan kemoterapi dan radioterapi di mana, pesakit akan terdedah dengan bahaya ubat dan radiasi yang kuat, pesakit kanser yang mahu penyakitnya di rahsiakan dari pengetahuan ahli keluarga atau pesakit HIV yang mahu penyakitnya dirahsiakan dari pengetahuan suami/isteri beliau. Terdapat lagi beberapa isu lain yang berkaitan yang tidak disebutkan di sini.
Penulisan ini adalah bertujuan untuk memberi kefahaman tentang definisi dilema etika dalam kejururawatan, memaparkan beberapa imbasan lampau tentang situasi yang melibatkan dilema etika, dan membincangkan tentang proses membuat keputusan secara etika bagi menyelesaikan dilema yang dihadapi. Diharapkan penulisan ini dapat membantu dalam pemahaman sebagai seorang jururawat dalam membuat keputusan beretika ke atas masalah etika dilema yang dihadapi.


            Dilema etika wujud apabila tuntutan moral terhadap sesuatu konflik yang menyebabkan jururawat berhadapan dengan dua alternatif yang kedua-dua alternatif tersebut tidak memuaskan  (Galliland, 2010). Dapat difahamkan di sini bahawa, jururawat terpaksa membuat keputusan kepada sesuatu konflik dan  beliau berhadapan dengan dua alternatif sama ada keputusan tersebut betul ataupun salah dan kedua-dua alternatif tersebut menpunyai kesan yang tidak memuaskan. Sebagai contoh, apabila berhadapan dengan seorang pesakit di wad yang menolak untuk makan tablet antibiotik yang telah di beri. Konflik yang dihadapi oleh jururawat tersebut ialah, dia perlu menghormati kehendak pesakit kerana pesakit ada hak autonomi untuk menolak rawatan beliau dan dalam masa yang sama, jururawat tersebut juga tahu sekiranya pesakit tidak makan ubat antibiotik tersebut, beliau akan berhadapan dengan kemungkinan jangkitan kuman atau multi-resistance terhadap antibiotik.
Dalam erti kata lain, dilema etika wujud apabila pembuat keputusan (iaitu jurururawat) bimbang kerana, pilihan yang ada atau alternatif  tersebut menyokong  nilai-nilai yang bercanggah atau prinsip etika atau peraturan saling menyokong (Kopala & Burkhart, 2005). Maksudnya di sini, sekiranya pesakit menolak untuk makan ubat antibiotik tersebut, dan jururawat bertugas bersetuju untuk tidak membuat pemberian ubat, dia telah melanggar etika kerja dan tanggungjawabnya dalam pemberian ubat. Dalam pada itu, sekiranya jururawat tersebut tetap ingkar dengan kehendak pesakit, dan memaksa pesakit memakan ubat tersebut, jururawat tersebut juga melanggar etika nya terhadap pesakit kerana, pesakit mempunyai hak untuk menolak sesuatu rawatan dilakukan keatasnya.
Dapat difahamkan disini bahawa, dilema etika kejururawatan adalah satu konflik kendiri jururawat yang terpaksa seseorang jururawat itu hadapi apabila berdepan dengan situasi yang memerlukan jururawat itu memilih untuk melakukan sesuatu sama ada ianya betul atau salah dan jururawat tersebut perlu menitik beratkan soal etika kerja ataupun tidak melanggar etika kejururawatan. Dengan ini, seseorang jururawat itu perlu membuat keputusan secara beretika mengikut prinsip dan teori yang telah ditetapkan.

            Encik Ismail, 69 tahun merupakan salah seorang pesakit yang dirujuk kepada Pasukan Penjagaan Luka iaitu di bawah saya sendiri selaku Jururawat Jagaan Luka (Wound Care Nurse). Beliau merupakan seorang petani persendirian di kampung yang jauh dari bandar. Beliau tinggal bersendirian di rumah selepas kematian isterinya beberapa tahun yang lalu dan beliau tidak mempunyai anak. Encik Ismail dirujuk atas sebab ulser vena yang teruk di bahagian kaki kanan yang semakin merebak sehingga keseluruh pergelangan kaki beliau. Beliau menderita dengan keadaan tersebut kerana kesakitan yang teruk yang dialaminya setiap kali luka tersebut disentuh dan keadaan luka yang tidak sembuh yang memakan masa lebih dari 10 tahun.
            Sepanjang 10 tahun tersebut, beliau hanya pergi ke klinik yang berdekatan (yang kekurangan fasiliti dan alatan perubatan) untuk mendapatkan rawatan luka. Disebabkan sejarah kesihatan beliau yang juga menghidap kencing manis, hipertensi dan penyakit jantung akut menyukarkan lagi proses penyembuhan. Disebabkan kurang berkemampuan, beliau seringkali tidak hadir temujanji untuk cucian luka atau mendapatkan rawatan untuk pengambilan ubat-ubatan. Kadangkala, beliau menggunakan kaedah perawatan tradisional untuk mencuci luka dan melakukannya sendiri. Keadaan luka beliau tidak sembuh dan semakin membesar sehinggakan beliau terpaksa di rujuk ke hospital.
            Setelah mendapatkan rawatan selama sebulan dengan kaedah perawatan moden cucian dan balutan luka (modern dressing), progress luka beliau semakin memuaskan dan beliau diberikan rawatan selanjutnya. Dokter mencadangkan untuk melakukan pembedahan menampal kulit (skin grafting) untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka tersebut. Sebelum pembedahan di lakukan, persetujuan secara lisan di ambil terlebih dahulu. Akan tetapi, setelah penerangan dan cadangan diberi, pesakit menolak cadangan tersebut dan mahu cucian luka diteruskan sehingga luka beliau sembuh. Beliau menolak di atas alasan masalah kewangan dan tiada siapa yang boleh menjaga dan menemani beliau sepanjang berada di hospital nanti.


            Sebagai jururawat yang bertanggungjawab dalam membantu menyembuhkan luka Encik Ismail, dilema yang dialami adalah menentukan apa yang terbaik untuk pesakit dan adakah kewajipan wujud untuk menyediakan perawatan yang sewajarnya keatas pesakit. Dilema yang di hadapi di sini    adalah, memenuhi kehendak autonomi pesakit yang telah menolak cadangan rawatan ke atasnya. Dengan meneruskan cucian luka, pesakit mungkin akan mengalami kesakitan yang teruk sekiranya luka tersebut di sentuh. Dengan keadaan luka yang besar, dan terbuka, risiko infeksi juga mungkin akan terjadi. Dalam pada itu, pesakit juga perlu berulang alik untuk mendapatkan rawatan dalam tempoh masa yang agak lama. Ini akan menbebankan pesakit kerana kos untuk pergi dan balik ke klinik atau hospital serta kos rawatan perlu diambil kira. Persoalan akan wujud apabila beliau menolak rawatan yang telah dicadangkan. Adakah luka tersebut boleh sembuh dengan hanya rawatan cucian luka semata-mata? Adakah mungkin pesakit akan mematuhi setiap perawatan yang akan dilakukan keatasnya dengan hadir mengikut temujanji yang diberi? Adakan beliau boleh membeli alatan-alatan moden untuk cucian dan balutan luka beliau nanti? Mungkinkah luka beliau akan menjadi semakin teruk sekiranya pesakit berbalik kepada rawatan asalnya. Namun, sekiranya beliau setuju untuk melakukan pembedahan tersebut, konflik juga wujud di mana persoalan lain lagi yang akan timbul. Adakah pembedahan itu nanti berjaya atau tidak? Bolehkah pesakit membayar kos perawatan nya nanti? Siapa yang akan membantu beliau dan menemani beliau nanti?
            Majoriti individu bersetuju bahawa, dengan melakukan yang terbaik dan mengelakkan bahaya adalah berkaitrapat dengan etika. Dalam tatalaku profesional jururawat (code of profesional conduct) enam peruntukan telah di gariskan menunjukan kewajipan dan tugas jururawat  (Rahim, Lim, & Arshad, 2012). Di antaranya adalah menghormati pesakit yang merangkumi menghormati kehendak pesakit untuk proses perawatan nya. Sekiranya pesakit menolak, sebagai jururawat, adalah satu kewajipan untuk memberikan rawatan alternatif lain yang berkenaan. Dalam standard perawatan pula, adalah menjadi kewajipan untuk seseorang jururawat menilai taraf kemampuan pesakit dimana merangkumi, psikologikal pesakit, sosial dan juga rohani pesakit.

            Jururawat seringkali berhadapan dengan dilema untuk membuat keputusan dimana ianya bukan satu keputusan yang pantas di ambil kira dan mendapat jawapan yang ”betul” dengan mudah  (Kopala & Burkhart, 2005). Terdapat 5 prinsip etika yang perlu diambil kira sebelum  membuat keputusan.

            AUTONOMI (Autonomy)

            Dalam perawatan, terma autonomi boleh digunakan bersamaan dengan konsep penentuan sendiri. Ini bermaksud pesakit mempunyai kebebasan dalam memilih dan melaksanakan pilihan. Mengamalkan pengurusan luka dalam suasana dan keadaan masyarakat yang berbilang bangsa, agama dan budaya hidup memerlukan jururawat sentiasa mengemaskini pengetahuan dan pemahaman mengenai konsep autonomi dalam budaya yang berbeza (Scemons & Elston, 2009).
Dalam permasalahan pesakit di atas, Encik Ismail memilih untuk meneruskan rawatan beliau dengan cara cucian luka sehingga sembuh dan menolak untuk dilakukan pembedahan ke atas nya. Beliau percaya, luka beliau akan sembuh dengan cucian luka sahaja kerana dalam masa sebulan, progres lukanya agak memuaskan dengan penggunaan kaedah rawatan cucian dan balutan moden (modern dressing) tanpa beliau ambil kira kos peralatan yang akan beliau tanggung sepanjang rawatan itu nanti. Berdasarkan prinsip ini, sebagai jururawat, adalah perlu untuk menghormati kehendak pesakit dan memberikan rawatan sewajarnya kepada beliau dengan memberikan perawatan luka seperti yang pesakit harapkan. Dalam masa yang sama, dari masa ke semasa, pesakit perlu diberikan pendidikan kesihatan berkenaan dengan penjagaan luka beliau. Sekiranya pesakit memilih untuk terus mendapatkan rawatan cucian luka, beliau perlu mematuhi setiap temujanji dan perlu sentiasa mendapatkan rawatan kesihatan nya yang lain.


Ini merujuk kepada prinsip etika yang menunjukkan kewajipan moral “bertindak untuk faedah orang lain”. Sebagai jururawat yang bertanggungjawab dalam penjagaan luka pesakit, prinsip ini adalah kewajipan untuk meningkatkan kesihatan dan kebajikan pesakit dengan menghormati autonomi pesakit (Scemons & Elston, 2009).
Dalam permasalahan Encik Ismail, sebagai jururawat yang bertanggungjawab dalam penjagaan luka pesakit tersebut,  menurut prinsip ini, adalah perlu seseorang jururawat menitik beratkan kebajikan pesakit. Setiap apa yang dilakukan ke atas beliau membawa faedah dalam perawatan nya. Sekiranya autonomi beliau memilih untuk mendapatkan rawatan cucian luka, setiap apa yang dilakukan sepanjang rawatan adalah berpatutan di mana, pesakit mendapat kesan yang positif ke atas rawatan yang diterima nya. Setiap aktiviti perawatan luka ke atas nya membawa kepada kesan yang terbaik dan memuaskan pesakit.


Prinsip ini bermaksud “untuk tidak membahayakan atau mencederakan atau menyakitkan” pesakit. Secara amnya, prinsip ini bermaksud tidak menyebabkan kematian, juga tidak mengakibatkan kesakitan dan pesakit menderita, tidak menyebabkan pesakit hilang upaya, dan tidak menyebabkan pesakit bergantung kepada orang lain  (Scemons & Elston, 2009).  
Dalam perawatan ke atas Encik Ismail, keadaan luka beliau yang terdedah kepada risiko jangkitan kuman dan juga tahap kesakitan yang melampau memerlukan perhatian yang sewajarnya bagi mengelakkan pesakit mendapat komplikasi yang tidak baik. Sebelum rawatan di beri, perlu dipastikan sejauh mana tahap kesakitan beliau supaya pre-medikasi diberikan untuk mengurangkan kesakitan. Semasa perawatan dijalankan ke atas beliau pula, cucian luka dilakukan dengan perlahan-lahan dan kurang menyakitkan atau tidak menyebabkan pesakit kesakitan. Gunakan balutan luka moden yang dapat mengurangkan kesakitan dan tidak memudaratkan luka pesakit dan pesakit itu sendiri. Penggunaan ubatan yang di berikan tidak menyebabkan pesakit mendapat reaksi dan kesan negatif misalnya reaksi alergi.


Prinsip ini menyatakan bahawa, seseorang individu itu perlu menyatakan kebenaran. Penipuan atau pembohongan mewujudkan halangan antara manusia dan menghalang kedua-dua komunikasi (Rahim, Lim, & Arshad, 2012).  Veracity itu sendiri bermaksud kebenaran (Scemons & Elston, 2009).
Dalam perawatan luka, kebenaran di sini merujuk kepada hubungan di antara pesakit dengan jururawat yang berkenaan. Perhubungan di sini bermaksud, sesorang jururawat itu perlu berterus terang dengan memberikan kebenaran mengenai proses perawatan pesakit sama ada progres rawatan adalah berkesan atau pun tidak. Jururawat juga perlu memberitahu pesakit kondisi keadaan luka beliau dari masa ke semasa.


Keadilan adalah kewajipan untuk berlaku adil kepada semua orang. Maksudnya di sini, seseorang individu itu punyai hak untuk mendapatkan rawatan tanpa mengira bangsa, agama, jantina, status perkahwinan, diagnosa penyakit, status ekonomi, darjat atau kepercayaan. Semua pesakit mendapat rawatan yang sama dan adil. Sebagai contoh, pesakit yang mempunyai luka yang sama, mendapat rawatan yang sama tanpa mengira sebarang perbezaan peribadi (Rahim, Lim, & Arshad, 2012).



            Matlamat utama proses membuat keputusan secara etika adalah untuk menentukan yang betul dengan yang salah dalam situasi dimana perbezaan yang jelas tidak wujud atau tidak nyata kepada jururawat yang berhadapan dengan sesuatu keputusan (Rahim, Lim, & Arshad, 2012).
            Lima langkah membuat keputusan secara beretika yang digunakan untuk menyelesaikan dilema etika;  (Rahim, Lim, & Arshad, 2012)


            Kumpul sebanyak mana informasi atau maklumat yang berkaitan dengan kehendak pesakit, ahli keluarga pesakit dan keluasan permasalah fizikal dan emosi yang menyebabkan dilema. Setelah mengumpul informasi, gabungkan semua informasi tersebut dalam satu turutan yang menyediakan fokus yang lebih jelas dan tepat kepada dilema (Rahim, Lim, & Arshad, 2012). Menurut Weinsten (1996), mengenal pasti masalah yang di maksudkan adalah mengumpul fakta dari segi, perundangan, kanun, dan pengetahuan profesional.
            MENGUMPUL MAKLUMAT: Kenalpasti masalah pesakit. Ketahui jenis penyakit dan rawatan yang perlu pesakit jalani. Kenalpasti perawatan yang perlu dan sesuai untuk pesakit mengikut keperluan dan kehendak autonomi pesakit. Assess status kefahaman pesakit tentang proses rawatan beliau. Maklumat lain yang perlu di kumpul adalalah kebajikan pesakit itu sendiri (beneficience). Kenalpasti status keupayaan pesakit untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian. Ketahui kemampuan pesakit untuk hadir setiap temujanji untuk mendapatkan rawatan. Kenalpasti maklumat berkenaan ahli keluarga pesakit, saudara-mara pesakit yang boleh membantu dalam perawatan beliau.
            MENGANALISA DAN MENTAFSIR MAKLUMAT: Setelah mengenalpasti masalah pesakit, dan memilih perawatan yang sesuai bertepatan dengan kehendak dan kebajikan pesakit, setiap maklumat tersebut dianalisa semula untuk mengetahui sejauh mana keberkesanannya mampu membantu pesakit dalam perawatan nya.

            Langkah Kedua: Dilema yang di alami.

             Contohnya dalam permasalahan Encik Ismail, beliau merupakan pesakit kencing manis, hipertensi dan penyakit jantung akut, dan dalam masa yang sama, beliau juga mempunyai ulser vena yang kronik di bahagian kaki kanan. Dokter telah mencadangkan untuk membuat satu pembedahan menampal kulit (skin grafting) untuk membantu mempercepatkan penyembuhan luka beliau. Tampalan kulit merupakan satu prosedur yang memerlukan pembedahan kecil dilakukan untuk mengambil kulit dari bahagian anggota tubuh lain untuk dicantumkan dibahagian luka terbuka (Collins & Seraj, 2010). Prosedur ini membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan apabila luka yang terbuka dicantum dengan kulit yang baru dan membenarkan proses penyembuhan sekunder. Walaubagaimana pun, terdapat juga risiko lain pembedahan ini, di mana kemungkinan jangkitan kuman menyebabkan luka tidak sembuh dan pembedahan gagal. Selain dari perawatan ini, terdapat alternatif lain yang boleh membantu menyembuhkan luka pesakit ini seperti, terapi kemampatan (compression bandaging) dan cucian luka  (Collins & Seraj, 2010). Setelah penerangan diberi, pesakit telah menolak cadangan tersebut dan memilih untuk menerima rawatan cucian luka sehingga luka nya sembuh.
            Dilema etika kejururawatan yang di alami di sini adalah menentukan apa yang terbaik untuk pesakit. Setelah pesakit menolak cadangan dokter untuk pembedahan tampalan kulit, adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai jururawat jagaan luka memenuhi kehendak pesakit. Cucian luka ke atas ulser vena yang teruk bukanlah satu prosedur yang memberi keselesaan kepada pesakit. Pesakit mungkin mengalami kesakitan yang teruk dan ini mungkin akan membuatkan pesakit rasa kurang selesa dengan perawatan yang di beri. Di samping itu, kos perawatan juga agak tinggi. Dengan penggunaan cucian dan balutan moden (modern dressing), pesakit mungkin perlu berbelanja lebih untuk perawatan beliau. Beliau juga perlu hadir mengikut temujanji yang ditetapkan. Ini akan membebankan pesakit kerana jarak rumah yang agak jauh dari klinik dan hospital dan ia juga memerlukan kos. Kebenaran (veracity) mengenai keadaan luka pesakit juga perlu diberitahu. Masalah kesihatan lain seperti kencing manis terutamanya boleh melambatkan proses penyembuhan luka tersebut. Sekiranya kencing manis tidak di kawal, potensi luka tersebut semakin teruk mungkin akan terjadi.

            Langkah Ketiga: Pemilihan Tindakan

            Pemilihan tindakan adalah untuk menyelesaikan dilema yang di alami tanpa mengira akibat  (Rahim, Lim, & Arshad, 2012). Matlamat yang perlu di capai ke atas pesakit ini adalah membantu beliau dalam perawatan luka dan sekaligus membantu dalam penyembuhan luka pesakit. Antara tindakan yang di ambil adalah, merujuk pesakit kepada kaunseling untuk mendapatkan khidmat nasihat mengenai perawatan beliau, memberikan pendidikan kesihatan berkenaan penjagaan luka, memberi temujanji yang tetap kepada pesakit, mengsyorkan kepada pesakit kaedah-kaedah moden dalam cucian luka dan juga pesakit di ajar untuk melakukan sendiri cucian luka di rumah.


 Pesakit telah memilih untuk meneruskan cucian luka. Kehendak pesakit dipatuhi dan pesakit diberikan pendidikan kesihatan mengenai penjagaan luka nya sendiri.  Pesakit juga diingatkan untuk membantu dirinya sendiri tanpa perlu mengharapkan orang lain. Dengan ini, pesakit dapat mengetahui keberkesanan perawatan dan beliau boleh mengases sendiri keadaan luka nya. Keburukan nya pula, pesakit mungkin berhadapan dengan risiko jangkitan kuman sekiranya beliau masih belum memahami proses rawatan.
Pesakit perlu hadir ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan. Dengan ini, beliau akan dapat rawatan yang berterusan dan jururawat jagaan luka dapat mengetahui progres luka beliau. Akan tetapi, kos untuk beliau pergi dan balik sepanjang perawatan akan meningkat.
Dengan mengsyorkan kaedah moden tersebut, pesakit akan dapat rawatan yang terbaik. Penggunaan alatan cucian dan pembalut moden dapat membantu dalam proses penyembuhan. Akan tetapi, ini melibatkan kos yang mahal.
Pesakit di ajar untuk melakukan cucian luka sendiri di rumah. Ini dapat mengurangkan kos dan pesakit boleh mengetahui progres luka nya sendiri.akan tetapi, risiko jangkitan masih ada disebabkan kekurangan fasiliti di rumah.


Setelah mengenalpasti dilema dan menitikberatkan tindakan yang perlu di ambil, proses terakhir adalah membuat keputusan. Dengan memenuhi autonomi pesakit, cucian luka diteruskan. Keputusan nya adalah, dengan menitikberatkan kebajikan pesakit,  temujanji yang tetap kepada pesakit diberi iaitu beliau hanya perlu hadir ke hospital bertemu dengan jururawat jagaan luka pada hari Isnin dan Khamis sahaja untuk menerima rawatan. Untuk mengurangkan kesakitan, pesakit juga digalakan membeli alatan cucian dan balutan moden yang dicadangkan untuk perawatan beliau.  Proses perawatan ini akan berterusan sehingga luka pesakit beransur pulih.

            Setiap jururawat yang merawat pesakit harus mengetahui etika kejururawatan untuk membantu dalam perawatan sekaligus membantu dalam mengelakkan daripada melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan tindakan undang-undang. Setiap tugasan yang dilakukan, sudah pasti akan berdepan dengan dilema dan konflik yang memaksa seseorang jururawat itu membuat keputusan secara beretika. Setiap prinsip etika perlu dipatuhi dalam membuat keputusan supaya pesakit mendapat perawatan yang sewajarnya. Dengan berpandukan langkah-langkah membuat keputusan secara etika, jururawat dapat merancang perawatan yang akan dijalankan supaya pesakit mendapat hasil yang memuaskan dengan matlamat yang telah ditetapkan.
(2840 patah perkataan)


1.      Aitamaa, E., LeinoKilpi, H., Puukka, P., & Suhonen, R. (2010). Ethical problems in nursing management: The role of codes of ethics. Nursing Ethics , 17 (4), 469-482.

2.      Casterle, B. D., Izumi, S., Godfrey, N. S., & Denhaerynck, K. (2008). Nurses' responses to ethical dilemmas in nursing practice: meta-analysis. Journal of Advanced Nursing , 63 (3), 540-549.

3.      Collins, L., & Seraj, S. (2010). Diagnosis and Treatment of Venous Ulcers. American Family Physician , 81 (8), 989-996.

4.      Galliland, M. (August 2010). A Systematic Approach to Ethical Decision-Making for Nurses Confronted with Ethical Problems Involving Elder Abuse. (U. H. System, Hrsg.) Health Careers Today , 16-23.

5.      Kopala, B., & Burkhart, L. (2005). Ethical Dilemma and Moral Distress: Proposed New NANDA Diagnoses. Intenational Journal of Nursing Terminologies and Classifications , 16 (1), 3-13.

6.      Lachman, V. D. (2012). Applying the Ethisc of care to your Nursing Practice. Ethics, Law, and Policy , 21 (2), 112-116.

7.      Leuter, C., Petrucci, C., Mattei, A., Tabassi, G., & Lancia, L. (2012). Ethical difficulties in nursing, educational needs and attitudes about using ethics resources. Nursing Ethics , 20 (3), 348-358.

8.      Pantilat, S. (2009). Beneficence vs. Nonmaleficence. Ethics Fast Fact . http://missinglink.ucsf.edu/

9.      Rahim, R. A., Lim, D. K., & Arshad, P. M. (2012). MANAGEMENT AND MEDICO LEGAL STUDIES B. SELANGOR: Meteor Doc Sdn Bhd.

10.  Scemons, D., & Elston, D. (2009). Ethical Considerations in Wound Evaluation and Management. Nurse to Nurse Wound Care Expert Interventions , 1-20.

11.  Shapira-Lishchinsky*, O. (2010). Ethical dilemmas in teaching and nursing; the Israeli case. Oxford Review of Education , 36 (6), 731-748.

12.  Stortch, J., Makaroff, K. S., Pauly, B., & Newton, L. (2013). Take me to my leader: The importance of ethical leadership among formal nurse leaders. Nursing Ethics , 20 (2), 150-157.

13.  Toren, O., & Wagner, N. (2010). Applying an ethical decision-making tool to a nurse management dilemma. Nursing Ethics , 17 (3), 393-402.







1 comment: