Tuesday, November 23, 2010

Jadilah Rakyat Malaysia Yang Sihat Dan Cergas

JOM AMALKAN CARA HIDUP YANG SIHAT!

MAKAN SECARA SIHAT
(meningkatkan produktiviti)
  • makan pelbagai jenis makanan berpandukan piramid makanan Malaysia.
  • sesuaikan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal anda untuk mencapai berat badan yang disarankan.
  • makan buah dan sayur pada waktu makan.
  • makan bijiran penuh, legum, kekacang dan biji-bijian sebagai sebahagian makanan harian anda.
  • had dan kurangkan makanan bergoreng dan berlemak.
  • pilih makanan dan minuman yang kurang gula.
  • pilih tempat makan yang bersih dan makanan yang selamat.

PUPUK MINDA SIHAT
(dengan menangani stress~Amalkan 10B)
  • Bertenang
  • Bernafas dengan dalam
  • Berkata: Relakslah...
  • Beribadat
  • Bercakap dengan seseorang
  • Berurut
  • Berehat dan mendengar music
  • Beriadah
  • Bersenam
  • Berfikiran positif

LAKUKAN AKTIVITI FIZIKAL
[pelbagai aktiviti fizikal untuk kekal sihat dan cergas]
  • Sebanyak mungkin lakukan aktiviti fizikal di tempat kerja dan rumah seperti naik tangga, berjalan, berbasikal, lakukan kerja rumah, berkebun dan berjalan ke pejabat.
  • Lakukan aktiviti aerobik atau sukan rekreasi 3-5kali seminggu untuk sekurang2nya 20-30 minit setiap sesi.
  • Lakukan senaman untuk fleksibiliti, kekuatan otot dan daya tahan otot 2-3 kali seminggu seperti regangan, tekan tubi dan angkat berat.
  • Kurangkan aktiviti yang tidak aktif seperti menonton tv terlalu lama, tidur berlebihan dan hidup sedentari.

BERTEKAD DAN BERAZAM...
BERHENTI MEROKOK!!!
  • Beritahu keluarga dan kawan2 keputusan anda untuk berhenti merokok. Sokongan mereka akan memudahkan niat anda.
  • Buang semua rokok, mancis, pemetik api dan bekas habuk rokok.
  • Lakukan hobi tau kegiatan luar seperti berenang, berbasikan dan jogging untuk memenuhi masa lapang anda.
  • Elakkan makanan dan minuman yang boleh merangsang anda untuk merokok.
  • Belajar untuk menolak tawaran merokok daripada kawan. Jauhi Orang2 yang merokok.
  • Makan lebih sayur2an dan buah2an.
  • Sekiranya anda rasa gian untuk merokok, tarik nafas panjang2 untuk menenangkan fikiran atau minum air sejuk atau mandi.

ELAKKAN KEMUDARATAN ALKOHOL
seperti:
  • Kebergantungan terhadap alkohol
  • Kecederaan dengan niat seperti keganasan, bunuh diri, dan pembunuhan.
  • Kecederaan akibat kemalangan seperti kemalangan jalanraya, jatuh, lemas.
  • Toksik kepada organ badan seperti penyakit hati dan penyakit kardiovaskular.
  • Kemurungan atau keresahan.
  • Kecenderungan kepada penyalahgunaan substans.
  • Kematian berkaitan kemudaratan alkohol seperti kecederaan, penyakit kardiovaskular dan kanser.

No comments:

Post a Comment