MEROKOK dan kesannya terhadap JANTUNG dan SALUR DARAH anda...
- Merokok merupakan penyebab kepada 40% penyakit jantung dan stroke dikalangan mereka di bawah 65 tahun...(kalo korg tergolong lam umo nie...watcha)
- Perokok adalah 4x berisiko mati akibat serangan jantung berbanding bukan perokok...(insaf2 la ye..)
- Mereka yang terdedah kepada asap rokok pasif(asap rokok persekitaran) juga mempunyai risiko yang lebih tinggi terhadap serangan jantung....(kalo syg GF or bini...nak sngat smoking..gi jauh2...jgn dedahkan penyakit pd yang x berdosa)
- Tabiat merokok mengakibatkan anda membawa masuk pelbagai jenis bahan beracun ke dalam tubuh badan anda melalui paru2 dan seterusnya diserap ke dalam sistem peredaran darah anda....(kalo nak sangat racuni diri..mkn racun nyamok..cpt kit kot..uhuhuhu...)
- Bahan2 ini akan mengecilkan saluran darah anda, menyebabkan salirannya tidak lancar dan menyebabkan bahan2 berlemak dan boleh menyebabkan saluran darah menjadi lebih sempit, malah boleh tersumbat...(..sayangi lah apa yg ada lam tubuh badan korang...jgn seksa diri..)
- Tekanan darah anda juga meningkat, dan jantung anda terpaksa bekerja lebih kuat untuk mengatasi tekanan ini supaya darah dapat dihantar ke seluruh tubuh anda...(.....sama la kalo korg kerja keras..lama2 kalo xde rest, leh kondem gak...)
- Karbon monokside yang diserap masuk dari asap yang anda sedut, akan merosakkan Haemoglobin dalam sel darah merah anda dan menyebabkannya kurang berupaya mengangkut oksigen. oleh itu, kandungan oksigen dalam badan anda berkurangan...(...sesiapa yg asa merokok tu la "oksigen" korang..insaf la yer...kot2 "oksigen" tu membunuh..uhuhuhu...)
- Kesemua ini menyebabkan jantung anda bekerja dengan lebih kuat, menghasilkan denyutan yang tidak normal dan memungkinkan serangan jantung....(....ermm..pk la sendiri k akibat nya...)
Gangguan aliran darah ke otak pula menyebabkan serangan stroke
|
|
V
Stroke menyebabkan sebahagian badan menjadi lumpuh
|
|
V
Serangan jantung dan stroke boleh menyebabkan kematian
KURANGKAN RISIKO ANDA MENDAPAT SERANGAN JANTUNG DAN STROKE
- Kurangkan risiko anda dengan tidak merokok atau berhenti merokok.
- Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda menderita.
- Jangan merokok
- Jika anda seorang perokok, ambillah langkah bijak BERHENTILAH sebelum terlambat....
PESANAN:
Nie ukan nak merapu or cakap banyak pun...aku sayang kan korg...nyawa2 korang...n aku sayang kan diri aku n keluarga aku...takde guna gak rosakkn diri utuk menda yg xde faedah langsung nie..kan...ermm...juz berkongsi pengetahuan..."sharing is caring"...:*...mmuuaaahhxxx...
No comments:
Post a Comment